TERENGGANU 3M

Friday, October 23, 2009

SEJARAH & LAGENDA

ASAL USUL NAMA:

Mengikut cerita penduduk setempat bahawa nama kampung tersebut adalah sempena sebuah surau yang di kira amat panjang oleh masyarakat Terengganu suatu masa dahulu. Namun surau tersebut telah berubah bentuk sekarang ini.

Surau ini dikatakan hanya menjadi masjid pada hari Jumaat sahaja yang mana pada hari-hari lainnya ianya digunakan sebagai balairaya oleh penduduk setempat. Dari semenjak dahulu lagi, ianya masyur dan menjadi tumpuan jemaah-jernaah daripada kawasan sekitarnya seperti Kedai Buloh, Surau Haji Daud dan Tok Adis.


SEJARAH MASJID SURAU PANJANG:

i) SEJARAH BANGUNAN: Mengikut cerita yang pernah diceritakan oleh Tok Bilal Leh kepada Khatib Ismail Saleh, bahawa Masjid yang ada sekarang ini telah mengalami empat peringkat perubahan dalam struktur bangunan surau tersebut yang mana akhirnya dibina semula kepada masjid pada yang sedia ada kini.

Peringkat 1: lni adalah peringkat awalan dimana bangunan asal adalah merupakan rumah penduduk kampung .yang telah diserahkan untuk diwakafkan menjadi surau. Tidak dapat dipastika berapa panjanglya bangunan ini ketika itu.

Peringkat 2: Bangunan surau tersebut telah ditambah pada bahagian surau tersebut. Antara orang-orang yang terlibat dalam usaha tersebut antara lainnya adalah Tok Bilal Ya'acob, Tok Khatib Dollah, Pak Da Leh, dan Tok Puteh.

Peringkat 3: Pada tahun 1958, surau tersebut telah sekali lagi di rombak dan diperbaiki kerana keadaanya yang telah uzur dan banyak kayu-kayunya yang telah rosak. Surau tersebut telah diperbaiki dengan menggunakan kayu-kayu yang telah dibeli daripada Jerangau dan kebanyakannya terdiri daripada daripada kayu merbau, gindang, mengabau. Dipercayai bahawa panjangnya adalah lebih kurang 64 kaki.

Peringkat 4: Pembinaan masjid baru yang sedia ada yang telah siap dibina semula pada tahun 2009.


ii) SEJARAH TAPAK BANGUNAN: Tanah asal masjid ini adalah wakaf yang diberikan oleh Tok Nyang Mak Yam Teh Khatib iaitu mak sepupu kepada Haji Ali Mohd.

iii) SEJARAH IMAM & BILAL: Kronologi orang-orang yang pernah menjadi Imam di Masjid ini adalah sebagaimana yang berikutnya:


IMAM
  • Tok Khatib Dollah
  • Tok Khatib Dollah
  • Tok Khatib Dollah
  • Tok Khatib Salam
  • Tok Khatib Muda
  • Tok Khatib Kawan
  • Tok Khatib Abd Rahman
  • Tok Khatib Zali (Haji Razali Awang)
  • Tok Khatib Hin (Haji Ibrahim Mohammad)
  • Tok Khatib Ismail

BILAL
  • Tok Bilal Ya'acob
  • Tok Bilal Sulaiman
  • Tok Bilal Ismail
  • Tok Bilal Said
  • Tok Bilal Lah

SEJARAH UMUR: Umur Masjid ini dianggarkan melebihi 200 tahun dan lebih tua daripada Surau Haji Daud yang dikatakan berumur sekitar 116 Tahun.

SEJARAH PERIGI: Perigi yang ada di masjid ini adalah perigi asal daripada peringkat awal iaitu semasa ianya adalah rumah penduduk kampung itu.

SEJARAH GEDUK: Geduk yang terdapat pada asalnya dikatakan sepanjang surau tersebut tetapi telah di potong atas sebab-sebab yang kurang jelas. Tetapi ada juga cerita yang mengatakan bahawa panjang geduk itu telah disambung mengikut panjang bangunan ketika ianya bertambah

SEJARAH AHLI JAWATANKUASA: Antara mereka yang pernah menjadi AJK Masjid ialah Mat Amin Bin Daud, Tok Penghulu Pak Su Jusoh, Tok Khatib Awang dan Tok Khatib ZaIi.

SEJARAH KEPENDEKARAN: Pernah terdapat seorang pendekar yang masyur di kawasan ini dahulunya iaitu Pendekar Salam yang pernah rnenjadi Hulubalang Raja dan pernah mengikuti pasukan perang diRaja semasa Perang Besut dahulunya. Malahan keturunannya iaitu Pendekar Min (anak) dan Pak Su We (cucu) turut menjadi pendekar dan sekali gus guru silat di kawasan ini dahulunya.

SEJARAH ULAMA: Tiada terdapat ulama yang lahir dari kawasan ini seingat Tok Khatib Ismail selain daripada Allahyarham Tok Khatib Awang (ayah Dr. Latiff) yang pernah belajar Tok Kenali dan berkelulusan kelas sembilan Arab.

PEKERJAAN ASAL: Pada masa dahulu kalanya, pekerjaan yang dilakukan oleh penduduk di kawasan ini adalah menanam padi, mengail ikan, mencari minyak kuing, memotong kayu, membakar arang untuk di jual di Ladang dan menamam sayur disamping kerja-kerja kampung yang lain.